Tiada kluster COVID-19 dikesan membabitkan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri dilanda banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 11 hari sehingga semalam, hanya satu kes dikesan, iaitu seorang penduduk di Terengganu yang tamat menjalani isolasi pada 18 Disember.